Penonton Disediakan Santapan Pagi Yang Lucah

Mengejutkan….penonton yang menyaksikan rancangan BBC Breakfast dikejutkan dengan aksi separuh bogel Helen Butters ketika ditemubual bersa...

Mengejutkan….penonton yang menyaksikan rancangan BBC Breakfast dikejutkan dengan aksi separuh bogel Helen Butters ketika ditemubual bersama ahli kumpulan dayung Yorkshire Rows.
Ia merupakan sesuatu yang malang apabila jurukamera merakamkan aksi Helen mendayung dalam keadaan bogel dari bahagian pinggang ke bawah.
Sebelum itu Helen keberatan untuk berbogel seperti rakan sepasukan yang lain.
“Kami basah sepanjang masa. Untuk memakai baju sepanjang masa adalah agak bodoh sebab akan basah semula dan ia mengambil masa yang lama untuk kering jadi ia adalah mudah (berbogel),’’ katanya.
Ketika itu BBC Breakfast menemubual mereka mengenai usaha kumpulan itu untuk memecah rekod merentasi Lautan Atlantik.
Selain Helen, pasukan itu dianggotai oleh Janette Bennadi, Frances Davies dan Niki Doeg. Mereka menyifatkan berbogel sebagai sebahagian daripada kayuhan itu.
Sebaik sahaja insiden memalukan itu berlaku, BBC telah mengedit semula klip terbabit agar ia tidak akan diulang semula penyiarannya.

Related

Video 7935605535837942233

Post a Comment

emo-but-icon

Online Users

item